Friday, February 11, 2011

Ephraim Longworth





Ephraim Longworth adalah pemain bek kanan Liverpool zaman dulu-dulu. Kali ni aku nak buat perutusan blog pasal sejarah pulak. Tak tau kenapa aku tiba-tiba berminat pasal sejarah. Jangan tanya. Lagi satu jangan tanya kenapa tiba-tiba aku tulis dalam Bahasa Melayu okay. Sebab aku pun takde jawapan untuk soalan-soalan yang bakal anda tanya itu.

Mengapa Ephraim Longworth? Sebab aku minat nama dia. LOL.

Ephraim Longworth adalah pemain bek kanan Liverpool zaman Perang Dunia Pertama dulu lagi. Aku tertarik nak tulis pasal dia sebab aku rasa dia ni adalah karakter yang sangat menarik.

Eph bermain untuk Liverpool selama kira-kira 18 tahun. Penampilan pertama Eph untuk Liverpool adalah pada 19 September 1910. Sepanjang kareer panjang beliau dengan Liverpool, beliau bermain 371 perlawanan liga dan 490 total perlawanan dalam semua pertandingan. Kalau bukan kerana perang, sudah pasti khidmat beliau sebagai bek yang mantap lagi berganda-ganda.

Eph ni bukan nama je mantap, main pun mantap. Bersama rakan kongsi bek beliau, Donald McKinlay, mereka adalah bek paling mantap sekali dalam liga masa tu. Walaupun beliau mantap, kareer beliau bersama Liverpool bukan la sepanjang masa mantap. Dalam tahun 1913, keputusan perlawanan Liverpool sangat la teruk. Sangat-sangat terlalu teruk. Sekali tu Liverpool kalah bodoh je kat Chelsea. Chelsea masa tu baru naik First Division tapi dah nak kena turun balik sebab mereka lagi sengal dari Liverpool masa tu.

Nak dijadikan cerita, Encik H.G. Norris, pengarah pasukan Fulham dan Arsenal Woolwich telah menuduh Liverpool match-fixing dengan sengaja kalah kepada Chelsea. Eph membidas tuduhan Encik Norris dalam temubual beliau dengan Evening Express pada 5 April 1913.

Ayat dia lebih kurang macam ni kalau diterjemah ke dalam bahasa ibunda kita:

Woi Norris. Pandai-pandai je ko fitnah kitorang eh. Langsung takde asas tuduhan ko tu. Satu atom pun x betul tuduhan ko tu!

Cool kan Eph kita ni? :D

Dulu pemain bola sepak bukan semua profesional. Kebanyakan mereka ada kerja tetap. Hari Sabtu je main bola. Berlatih la kadang-kadang bila dah habis kerja. Tapi ada jugak yang bermain bola sepak sepenuh masa. Contohnya Eph ni dan kebanyakan pemain Liverpool. Beliau mempertahankan tindakannya untuk menjadikan bola sepak sebagai kareer hidup. Zaman tu bukan semua pemain bola sepak kelab-kelab dapat gaji. Siap FA England buat batasan gaji maksimum pemain GBP4 seminggu sahaja! Pemain bola sepak sekarang seminggu dapat beratus-ratus ribu GBP!

Dia kata dia bangga dengan kareer dia sebagai pemain bola sepak profesional. Jadi dengan bermain sepenuh masa, dia dapat memberikan sepenuh komitmen ke atas bola sepak, komitmen yang tidak berbelah bahagi, komitmen yang tidak mungkin dia mampu berikan andai kata dia ada perkerjaan lain sambil-sambil main bola tu. Mantap dan tegas pendiriannya Eph ni. Patut la jadi Kapitan Liverpool dan England.

Daaannnnn.............bakal bersambung :)


3 comments:

  1. Classico!! Best2..skang ni jer player gaji beribu riban.ada yang tak berbaloi dibayar mahal..itulah kelebihan sukan yg berasaskan sebiji bola..WHAT A BALL!!! hahaha

    ReplyDelete
  2. gret post.. tak rugi sokong Liverpool.. banyak belajar sejarah.. :)

    http://merahsebenar.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Thanks guys :)
    yup players zaman dulu mmg had big balls. Zaman sekarang buat lawak sikit je terus FA denda. haha

    ReplyDelete